Hajiji Rasmi Program Jelajah GRS Parlimen Keningau

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

KENINGAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merasmikan Program Jelajah GRS Parlimen Keningau di Dewan Masyarakat Keningau, hari ini.

Selain menyampaikan amanah, Hajiji turut menghadiri Majlis Makan Tengah Hari bersama pemimpin dan ahli-ahli parti komponen GRS di Dewan Kompleks Keningau.

Program Jelajah GRS Parlimen Keningau yang pertama kali diadakan kawasan itu dihadiri kira-kira 7,000 orang. Program ini juga akan turut diadakan di parlimen-parlimen lain di negeri ini dalam masa terdekat.

Majlis itu turut dihadiri oleh presiden-presiden parti komponen GRS iaitu Presiden Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (STARSABAH), Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, Presiden United Sabah National Organisation (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Yee Moh Chai dan Timbalan Presiden Sabah Progressive Party (SAPP), Japiril Suhaimin.

Selain itu Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Rina Jainal dan pemimpin Parti Liberal Demokratik Sabah juga turut hadir.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *