Read Time:25 Second
JOHOR BHARU — Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Johor Bahru di sini terbakar dalam kejadian pada tengah malam Sabtu.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan perkara itu dalam ciapan Twitter miliknya pada pagi Ahad.
“Satu kejadian kebakaran telah berlaku di Pejabat Cabang Keadilan Johor Bahru lewat malam/awal pagi tadi.
“Insya-ALLAH, saya akan adakan sidang media di tempat kejadian jam 3 petang ini,” katanya menerusi ciapan tersebut.