HomeUtamaPM ajak Keluarga Malaysia pertahan kemerdekaan, terus bersatu padu

PM ajak Keluarga Malaysia pertahan kemerdekaan, terus bersatu padu

Read Time:48 Second

BERNAMA

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan wira-wira terdahulu menjelang sambutan Hari Kebangsaan, tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata atas rasa cinta kepada negara, Keluarga Malaysia harus terus bekerjasama dan bersatu padu bagi membangun dan menjaga kedaulatan negara.

 “Selamat Hari Kebangsaan 2022. Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Merdeka! Merdeka! Merdeka!,” kata Ismail Sabri menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Hari Kebangsaan 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ bakal disambut Rabu ini seawal 7 pagi di Dataran Merdeka secara besar-besaran dengan sasaran seramai 50,000 pengunjung. 

Pelbagai acara menarik diatur bagi menyemarakkan sambutan tahun ini termasuk keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta berkuda Diraja dari Menara DBKL ke Dataran Merdeka.

— BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya