HomeUtamaAnugerah Khas diperkenal sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah

Anugerah Khas diperkenal sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah tahun ini akan memperkenalkan satu Anugerah Khas yang akan diberikan kepada salah seorang belia yang cemerlang dalam bidang inovasi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, anugerah itu diganti dengan acara deklamasi puisi yang dimansuh bagi membawa erti sebenar kemerdekaan.

“Pada tahun ini, kita membuat kelainan dengan memansuhkan pembacaan puisi dan menggantikan dengan pemberian anugerah khas kepada seorang belia yang cemerlang di peringkat global pada hari sambutan itu nanti. 

“Anugerah ini diberikan kepada salah seorang belia Sabah daripada 50 pelajar terbaik seluruh dunia yang cemerlang dalam bidang inovasi dan pengiktirafan ini bersesuaian sempena sambutan hari kebangsaan bertujuan untuk memberitahu masyarakat, kita mempunyai seorang belia yang hebat di peringkat dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Masidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkata, menerusi anugerah itu juga ianya akan dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa erti kemerdekaan sebenar adalah dengan menjelmakan seseorang individu menjadi cemerlang yang sama hebat dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Dalam kunjungan tersebut, Masidi turut menjemput Tun Juhar untuk menghadiri sambutan itu yang akan berlangsung di Padang Merdeka, Rabu ini.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu selaku Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Kebangsaan Negeri Sabah 2022, Datuk Noorliza Awang Alip dan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah Datuk Dr Jamili Nais.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya