HomeIsu tempatanSM Lok Yuk, SK Pekan Nabawan juara ACES 1.0

SM Lok Yuk, SK Pekan Nabawan juara ACES 1.0

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah (SM) Lok Yuk Likas dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nabawan muncul juara pertandingan tarian Akademi Citra Seni Sabah 1.0 (ACES 1.0).

SM Lok Yuk Likas yang menjuarai kategori Tarian Rampaian Tradisional membawa pulang hadiah utama bernilai RM 8,000 disusuli SMK Tawau di tempat kedua dan SMK Merpati, Sandakan di tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM 5000 dan RM3,000.

Sementara itu, barisan penari cilik tahun dua hingga tiga SK Pekan Nabawan yang mempersembahkan Tarian Alang Angkukui suku kaum Murut membuat kejutan apabila muncul Johan Tarian Tradisi Sekolah Rendah diikuti SK Saints Francis Xavier dan SK Bundu masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

ACES 1.0 yang julung kali diadakan berlangsung selama tiga hari bermula 26 Ogos turut menganjurkan Pertandingan Idol Etnik, Hero dan Heroin Remaja Etnik, Bengkel Tari Tradisi, Vokal dan Penampilan.

Majlis Graduasi ACES 1.0 pada hari terakhir program dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Datuk OKK Titing Putang dan Pengurus Besar LKNS, Mackey Apison.

Terdahulu, Jafry ketika berucap berkata, pihaknya amat mengharapkan sokongan dan penglibatan anak-anak muda dalam memartabatkan industri seni dan budaya di Malaysia khususnya di Sabah.

Katanya, golongan muda merupakan penyambung kepada warisan budaya dan penglibatan seawal usia mereka dalam kebudayaan merupakan langkah tepat dalam memupuk minat mereka dalam bidang seni dan budaya.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru anda semua untuk bersama-sama menyokong padu usaha-usaha yang dilakukan di peringkat kerajaan negeri dalam memelihara dan memulihara warisan budaya kita agar sentiasa relevan sepanjang zaman,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya