HomeUtamaSemai semangat patriotisme seawal usia kanak-kanak - Shahelmey

Semai semangat patriotisme seawal usia kanak-kanak – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Sebanyak 13 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Putatan menyertai program sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Parlimen Putatan 2022 di sini, hari ini. (30 Ogos)

Kemeriahan sambutan dengan kehadiran kanak-kanak, guru-guru dan para ibu bapa yang datang dengan berpakaian baju tradisional pelbagai etnik jelas menunjukkan semangat patriotisme kepada negara dan perpaduan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum.

Shahelmey (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kanak-kanak Tabika, guru-guru dan ibubapa sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Parlimen Putatan hari ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, program sambutan Hari Kebangsaan anjuran KEMAS Parlimen Putatan ini bertujuan membina jati diri dan semangat patriotisme dikalangan anak-anak KEMAS yang merupakan satu usaha yang tinggi nilai dan maknanya.

“Adalah penting untuk kita terus kukuh dengan semangat patriotisme dikalangan rakyat dan ditanam dalam diri kita seawal usia muda atau kanak-kanak sehinggalah peringkat dewasa, ini penting kerana diperingkat awal ini kita perlu memahami, menangani seterusnya akan mencintai erti nilai kemerdekaan,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian program tersebut.

Shahelmey yang juga turut memakai busana baju Melayu dan bertanjak semasa program itu berharap semua kanak-kanak Tadika KEMAS yang memperagakan pakaian warna warni pelbagai etnik negeri Sabah dan juga negara Malaysia itu akan dapat menyemai perasaan perpaduan cintakan kedamaian di negara ini.

“Apa yang penting selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini “Keluarga Malaysia Teguh Bersama,” kita sebagai Keluarga Malaysia yang besar datang daripada seluruh pelosok negara semua bersatu dan ini sudah tentu menjadikan kita teguh bersama.

“Difahamkan ada ibubapa berbelanja lebih sedikit untuk memastikan anak-anak datang bergaya pada hari ini, saya percaya dengan perbelanjaan itu adalah satu pelaburan untuk memupuk patriotisme dikalangan anak-anak,” katanya.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah KEMAS Negeri Sabah, Zul Aifaa Zolkaply.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya