HomeUtamaHajiji arahkan 76 Badan Berkanun Negeri GIC tubuh IGU dengan segera

Hajiji arahkan 76 Badan Berkanun Negeri GIC tubuh IGU dengan segera

Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 76 Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GIC) diarah menubuhkan Unit Integriti dan Governans (IGU) dengan segera dalam tempoh tiga bulan sehingga Disember ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penubuhan unit itu penting kerana setakat ini hanya sembilan daripada 85 Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GIC), yang telah menubuhkan unit berkenaan di agensi masing-masing.

“Justeru, saya mengarahkan 76 lagi Badan Berkanun Negeri dan GIC yang belum menubuhkan IGU untuk mengambil perhatian yang serius dan saya hanya beri tempoh hingga bulan Disember tahun ini untuk menubuhkan unit di agensi masing-masing,”
katanya ketika merasmikan Hari Integriti Negeri Sabah Tahun 2022 di Auditorium Utama, Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.

Menurut Hajiji, hanya sembilan Badan Berkanun Negeri dan GIC yang sudah menubuhkan unit berkenaan iaitu Lembaga Industri Getah Negeri Sabah; Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA); Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah; Perbadanan Pinjaman Sabah; Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO); Kumpulan Yayasan Sabah; Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd. (SUDC); Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah; dan Lembaga Pelancongan Sabah.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan bertarikh 12 November 2019 kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terkini dirujuk sebagai “Syarikat Berkepentingan Kerajaan (Government Interest Company)” untuk menubuhkan Unit Integriti dan Governans atau Integrity and Governance Unit (IGU) dalam tempoh dua tahun daripada tarikh arahan dikeluarkan.

“Penubuhan unit ini penting agar budaya kerja yang berintegriti diamalkan dalam perkhidmatan dengan telus, tiada kepentingan, tiada unsur salah guna kuasa dan patuh kepada peraturan serta undang-undang yang berkuatkuasa.

“Tanggungjawab ini perlu digalas sebaiknya oleh 20,920 penjawat awam negeri; dan 107,097 Persekutuan di Sabah. Ini juga (integriti) yang dituntut oleh kira-kira 3.4 juta rakyat Malaysia di Sabah. Ketirisan integriti yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan seharusnya tidak berlaku sekiranya semua inisiatif kerajaan dan budaya kerja berintegriti dipatuhi,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan Anugerah Akta Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 17 (b) yang diterima oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) diwakili Setiausaha Tetapnya, Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah sempena Hari Integriti Negeri Sabah Tahun 2022 di Auditorium Utama, Menara Kinabalu, di sini hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya