Bayi lelaki baru lahir ditemui ditinggalkan di gerai makanan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

LAHAD DATU: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di sebuah gerai jualan makanan di Kampung Jaya Baru dekat sini pagi tadi.

Bayi tanpa sebarang pakaian itu ditemui pada 2 September 2022, jam lebih kurang 7:00 pagi di sebuah gerai jualan makanan di Batu 5, Kampung Jaya Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad mengesahkan kejadian berkata, kejadian itu disedari oleh seorang lelaki warga tempatan yang berumur 30 tahun merupakan pemilik gerai jualan berkenaan semasa hendak memulakan perniagaan telah menemui bayi tersebut di atas gerainya.

“”Sebaik menerima maklumat berhubung perkara itu, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Lahad Datu ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Seterusnya bayi yang seberat 2.9 kilogram itu telah dibawa ke hospital Lahad Datu oleh pasukan perubatan dengan menaiki ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah seksyen 317 kanun keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian hotline IPD Lahad Datu 089- 881255 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Marlisa Maedika @ Mardeka di talian 016-219 4554.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *