HomeUtamaKastam Sabah menumpaskan cubaan seludup minuman keras bernilai RM619,299.84

Kastam Sabah menumpaskan cubaan seludup minuman keras bernilai RM619,299.84

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menumpaskan cubaan seludup sejumlah 31,775.04 liter minuman keras pelbagai jenama tidak berkastam melibatkan nilai berserta duti dan cukai dianggarkan sebanyak RM619,299.84 dalam satu operasi serbuan ke sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Tamparuli Togop, dekat sini baru-baru ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Sabah, Cheong Yu Min berkata, pada 24 Ogos 2022, lebih kurang 8.00 malam, Bahagian Penguatkuasaan Kota Kinabalu JKDM Sabah dan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) telah membuat serbuan ke sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Tamparuli Togop.

Sidang media oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam, Zon Sabah, Cheong Yu Min.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas rumah tersebut dan terdapat tiga buah lori tiga tan yang berada di kawasan rumah berkenaan, telah menemukan sejumlah minuman keras pelbagai jenama dianggarkan sebanyak 31,775.04 liter yang disyaki barang-barang tak berkastam dengan anggaran nilai harga sebanyak RM123,450.03 serta anggaran duti dan cukai yang terlibat sebanyak RM495,849.81.

“Semasa serbuan dibuat tiada sebarang tangkapan dilakukan kerana rumah dalam keadaan berkunci dan tidak berpenghuni. Oleh demikian, anggota serbuan terpaksa memecah masuk rumah tersebut. Begitu juga dengan ketiga-tiga lori tersebut diletakkan di kawasan rumah tanpa pemandu ataupun kelindan.

“Semua minuman keras yang dijumpai serta tiga buah lori tiga tan dirampas dan dibawa balik ke pejabat untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan, di sini hari ini.

Tiga buah lori yang dirampas.

Menurut Yu Min, modus operandi bagi kes ini adalah menyimpan barang-barang tidak berkastam di dalam rumah yang dijadikan sebagai transit sebelum pengedaran dengan menggunakan lori tiga tan jenis bonded truck (lori kotak) bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

“JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri. Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya