32 mangsa terperangkap, 2 kereta hanyut kejadian kepala air

Read Time:52 Second

KUALA TERENGGANU: Seramai 32 mangsa yang berkelah di Lata Ulu Kasar, Setiu, berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air, petang semalam

Memetik laporan Berita Harian, Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang itu turut menyebabkan dua kereta iaitu Perodua Aruz dan Proton Savvy hanyut dibawa arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapaie, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Terdahulu, katanya, seramai 17 anggota daripada BBP Setiu dan BBP Kuala Nerus bersama dua jentera, sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat pada jam 5.30

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat kenderaan yang dihanyutkan arus.

“Bagaimanapun, kejadian ini tidak membabitkan kemalangan jiwa dan seramai 32 mangsa termasuk 13 kanak-kanak, selamat.

“Kesemua mangsa dihantar ke Masjid Merbau Menyusut oleh pasukan bomba dan orang awam,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial pengunjung berdepan detik cemas selain enam kereta hampir tenggelam dalam kejadian kepala air di kawasan Lata Ulu Kasar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.