Ketua Menteri Lawat Jahid Jahim

Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melawat Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim di Hospital Queen Elizabeth (QEH) I di sini, petang tadi.

Beliau diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Hajiji yang tiba pada jam 5.20 petang disambut oleh Isteri Jahid, Datin Malianah Ugau dan keluarganya.

Hajiji meluangkan masa kira-kira 20 minit di hospital menziarah Jahid di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menemui keluarnya.

Malianah yang berterima kasih dengan lawatan Hajiji berkata, keadaan Jahid semakin stabil dan pulih.

“Terima kasih di atas doa semua pihak. Alhamdulillah, keadaan kesihatan Jahid semakin beransur pulih”, katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.