HomeUtamaMayat seorang perempuan ditemui dengan kesan gigitan anjing liar

Mayat seorang perempuan ditemui dengan kesan gigitan anjing liar

Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SEMPORNA: Kes penemuan mayat seorang perempuan di Simpang Kampung Batu dekat sini pada Ahad lalu terjawab apabila pihak Pakar Perubatan Forensik mengesahkan kematian mangsa disebabkan gigitan anjing liar.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kejadian Ahad lalu (4 Sept) lebih kurang jam 8.00 pagi pihak polis Semporna telah menerima maklumat dari orang awam berkenaan terjumpa mayat seorang perempuan di Simpang Kampung Batu, Semporna.

“Setiba di lokasi kejadian pihak polis menjalankan pemeriksaan awal keatas mayat didapati mangsa adalah seorang perempuan warga tempatan dalam keadaan baring meniarap.

“Terdapat banyak kesan gigitan haiwan pada badan mangsa yang disyaki gigitan anjing liar di bahagian belakang badan, paha kanan, lengan kanan dan bahagian kepala serta beberapa bahagian badan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Farhan, bedah siasat (post-.mortem) telah dijalankan pada 6 September 2022 oleh Pakar Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu mengesahkan bahawa penyebab kematian mangsa adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat kecederaan gigitan haiwan dan ianya tiada unsur jenayah.

“Siasatan di bawah kes kematian mengejut diteruskan dan orang ramai dinasihatkan agar melaporkan kepada Majlis Daerah Semporna (MDS) sekiranya terkesan kehadiran anjing liar yang banyak.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian mangsa perempuan diserang anjing liar tersebut boleh disalurkan kepada Ketua Polis Balai, Balai Polis Semporna Iaitu Inspektor Mustapha Abdul Majid Di Talian 089-782020,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya