HomeIsu tempatan84 pelajar sertai Pertandingan Kaligrafi Cina diraikan

84 pelajar sertai Pertandingan Kaligrafi Cina diraikan

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU :  Seramai 84 pelajar terbaik Pertandingan Kaligrafi Cina Remaja Piala Institut Confucius (CI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2022 menerima anugerah dalam satu majlis yang diadakan di Bangunan Canselori UMS, baru-baru ini.

Anugerah tersebut merangkumi prestasi cemerlang, kepujian dan anugerah populariti dibahagikan mengikut kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan bumiputera.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Madya Dr. Raman Noordin berkata, penganjuran itu penting bagi menonjolkan kerjasama CI UMS bersama Persatuan Seni Tulis Cina Kaligrafi Kota Kinabalu dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Pertandingan ini juga sebagai salah satu usaha bagi mempromosi seni kaligrafi Cina dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menegah di seluruh Sabah,” ujarnya ketika merasmikan majlis tersebut.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri, Profesor Dr. Coswald Stephen Sipaut.

Sementara itu Pengarah CI UMS, Profesor Dr. Low Kok On berkata pertandingan yang julung kali diadakan itu bertujuan memupuk rasa cinta terhadap seni tulisan kaligrafi cina serta memperbaiki penguasaaan Bahasa Cina dalam kalangan pelajar sekolah.

“Setiap tahun aktiviti ini akan diteruskan kerana sambutan adalah sangat memberangsangkan setakat ini.

“Bukan sahaja pelajar Cina yang menyertai pertandingan kali ini, malah pelajar bumiputera juga ramai yang mengambil bahagian,” katanya.

Seramai 320 pelajar mewakili 48 sekolah rendah dan menengah dari seluruh Sabah menyertai pertandingan tersebut.

Turut hadir, Konsul Jeneral Republik Rakyat Cina di Kota Kinabalu, Huang Shi Fang; Pengerusi Persatuan Kaligrafi Cina Kota Kinabalu, Cong Shau Lun dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Perancangan dan Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Tham Yun Fook.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular