Rakyat diseru perkukuh perpaduan, kerajaan bantu rakyat tanpa mengira fahaman politik – Jonathan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 7 Second

RANAU: Rakyat diseru agar memperkukuhkan perpaduan dan permuafakatan bagi membolehkan kerajaan menyalurkan kemudahan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin berkata, kerajaan  serius untuk membantu menyalurkan projek pembangunan untuk rakyat tanpa membezakan  fahaman politik sama ada kawasan penyokong kerajaan mahupun pembangkang”, katanya ketika berucap sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Mini Kg Kituntul Baru di sini pada Jumaat.

Lebih 200 penduduk termasuk rombongan Staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau turut menghadiri majlis itu.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau menegaskan,  kerajaan agak sukar menyalurkan peruntukan pembangunan infrastruktur yang diperlukan jika sekiranya penduduk tidak bersatu padu.

“Kerajaan tiada ‘pilih kasi’ dalam aspek membantu rakyat akar umbi dalam melaksanakan keperluan mendesak  bagi memberi kemudahan atau bantuan kepada masyarakat.

“Justeru jadikan ‘perpaduan’ sebagai tunjang kemakmuran dan landasan  memperkukuhkan persaudaraan, keharmonian serta kemakmuran berkekalan”, tegasnya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM30,000 untuk pembaikan kerosakan bangunan Dewan Mini Kg Kituntul Baru, RM3,000 kos pembelian Poly Pipe Kg Silou dan RM5,000 lagi untuk Kelab Belia Kg Kituntul Baru.

Sementara itu, Ketua Kampung Kg.Kituntul Baru, Suali Ruji mewakili penduduk turut merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan dan sumbangan yang diberikan untuk membiayai kos membaiki kerosakan Dewan Mini kampung tersebut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *