Maritim Malaysia rampas 1,680 tin minuman keras pelbagai jenama

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas minuman keras di perairan Menumbok, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera di perairan Labuan telah mengesan sebuah bot penumpang dalam keadaan yang mencurigakan telah bergerak dari Labuan menuju ke Menumbok sekitar jam 7:45 pagi semalam.

“Bot berkenaan ditahan dan pemeriksaan dilakukan. Hasil pemeriksaan telah menemukan minuman keras pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam bot terbabit dan dibawa keluar tanpa kebenaran daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

“Dua warga tempatan masing-masing berumur 35 tahun dan 37 tahun yang juga merupakan juragan dan kru ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, bot dan minuman keras berkenaan dibawa ke Jeti Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah maritim atau boleh salurkan maklumat kepada Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *