HomeSukanSelangor FC hampakan skuad Badak

Selangor FC hampakan skuad Badak

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Selangor FC sekali lagi menghampakan pasukan Sabah FC apabila berjaya menewaskan pasukan itu 3-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam ini.

Skuad kendalian Mohd Nidzam Jamil itu bermula dengan baik apabila berjaya memperoleh gol awal menerusi rembatan Mukhairi Ajmal pada minit ke-23 seterusnya menewaskan penjaga gol Sabah FC Khairul Fahmi Che Mat.

Seminit berselang, pasukan pelawat sekali lagi berjaya mengukuhkan kedudukan pada babak pertama permainan apabila ketua pasukan Selangor FC Brendan Gan berpeluang merembat masuk gol kedua pada minit ke-24.

Ketinggalan 2-0 ditangan Selangor FC membuatkan para pemain skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee terpaksa bekerja keras untuk mencari jaringan bagi menghalng kemenangan pasukan pelawat.

Sabah FC akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-29 hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti yang disudahkan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar menjadikan kedudukan 2-1.

Pemain import tuan rumah, Jose Embalo berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-40 menerusi rembatan leret ke arah gawang Selangor menjadi kedudukan berubah 2-2.

Gol yang dihasilkan Embalo itu merupakan gol pertama dirinya yang sebelum ini dikritik penyokong Sabah kerana kurang menonjol.

Babak kedua bermula, kedudukan yang terikat 2-2 itu berubah pada minit ke-75 selepas pemain import Selangor, Hein Htet berjaya merembatkan jaringan, sekali gus membolehkan Selangor kembali di depan dengan 3-2.

Usaha Sabah untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan selepas itu tidak berhasil, menyebabkan kedudukan 3-2  yang memihak kepada Selangor itu kekal hingga tamat permainan.

Skuad kendalian Mohd Nidzam Jamil itu sebelum ini turut menghampakan skuad sang Badak dalam aksi suku akhir Piala FA pada 23 Julai lalu menyaksikan Sabah FC tewas 2-0 di laman sendiri.

Sabah FC kini kekal ditangga kedua dengan mengutip 36 mata dibelakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memperoleh 42 mata.

Sabah FC akan bertemu Terengganu FC pada 1 Oktober depan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya