HomeUtamaKeselamatan, keselesaan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan

Keselamatan, keselesaan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan

Read Time:1 Minute, 31 Second

SANDAKAN : Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sentiasa menitikberatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya khususnya dalam pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah Sektor LPB, Mohd Shamsul Nizam berkata, pelbagai inisiatif turut diambil termasuk mengadakan kempen khususnya ketika pembinaan LPB yang kini sedang giat di jalankan di seluruh Sabah.

“Dengan mengambil inisitif ini pihak JKR akan berterusan berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dan polis serta pihak pelaksana projek bagi memastikan kepentingan rakyat di utamakan.

“Kempen ini juga secara langsung bertujuan menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan pengguna jalan raya melalui hebahan mesej kenegaran dan menggalakan orang awam mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd Shamsul sebelum itu merasmikan majlis penutupan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dan Mengibar Bendera sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022.

Majlis itu telah diadakan di Jajaran Projek LPB Sabah, bertempat di Pakej Kerja 27, menaiktaraf Jalan dari Kampung Lot M ke Sandakan Batu 32.

Kempen yang berlangsung selama sebulan itu turut dilaksanakan dengan sokongan pihak JPJ dan Polis serta turut dilaksanakan secara bersama Pihak Perunding Pengurusan Projek (PMC) dan Kumpulan PETRONAS.

Mohd Shamsul berkata, kempen itu juga dapat memberi kesedaran dan mendidik pengguna jalan raya untuk menitikberatkan aspek keselamatan dan pentingnya mengamalkan etika pemanduan berhemah.

Kempen yang dijalankan di bahagian timur Sabah itu memberi tumpuan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan Kota Kinabalu – Sandakan khasnya kepada keluarga yang dalam perjalanan balik bercuti sempena perayaan cuti sekolah.

Turut diedarkan risalah keselamatan, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Jalur Gemilang dan Bendera Negeri serta beg cenderahati.

Kempen itu turut dilaksanakan secara berperingkat dan memberi tumpuan kepada tiga daerah utama Kota Kinabalu, Papar dan Sandakan memandangkan pembinaan pembinaan projek masih giat di jalankan di daerah terbabit.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular