HomeUtamaPemakaian pelitup muka di kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan

Pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan kawasan sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing.

Katanya, ini adalah susulan pengumuman ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu lalu.

“KPM ingin memaklumkan bahawa pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam bangunan dan di luar bangunan atau kawasan terbuka di kawasan institusi pendidikan adalah mengikut pilihan individu.

“Walau bagaimanapun, KPM menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam kawasan institusi pendidikan khususnya di kawasan ramai orang dan sesak,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di laman rasmi Facebooknya semalam.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan KPM menyatakan, bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema, pemakaian pelitup muka semasa di dalam bangunan  kawasan institusi pendidikan adalah diwajibkan.

Manakala pemakaian pelitup muka di luar bangunan kawasan institusi pendidikan pula adalah amat digalakkan.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi individu yang dikesan positif COVID-19 semasa berada di institusi pendidikan atau asrama, mereka diwajibkan memakai pelitup muka semasa dirujuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan penilaian kesihatan.

“Di samping itu, murid diwajibkan memakai pelitup muka semasa menaiki bas/van sekolah atau perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing.

“Ketetapan ini turut terpakai untuk semua institusi pendidikan bawah KPM serta disarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri,” menurut kenyataan itu lagi.

KPM turut menyatakan akan sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya