HomeEkonomiPerkhidmatan airasia ride dilancar secara rasmi di Kota Kinabalu

Perkhidmatan airasia ride dilancar secara rasmi di Kota Kinabalu

Read Time:3 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Perkhidmatan e-hailing terbaharu dikenali airasia ride menerusi airasia Super App melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di Kota Kinabalu hari ini. (12 Sept)

Sempena meraikan sambutan pelancaran, perkhidmatan airasia ride akan memberikan 10,000 tumpangan percuma kepada semua pelanggannya di seluruh Malaysia mulai hari ini sehingga 18 September 2022 dengan menggunakan kod promosi FREERIDE.

Pengguna baharu juga boleh menggunakan kod promosi ILOVEMY bagi menikmati penjimatan sebanyak RM5 untuk tumpangan kali pertama. Para pengguna boleh menekan pada ikon ‘Ride’ pada aplikasi airasia Super App untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Perkhidmatan airasia ride dilancar secara rasmi di Kota kInabalu hari ini.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, perkhidmatan airasia ride selain menawarkan tambang terendah buat pelanggan, ia juga memberi faedah pekerjaan yang bermanfaat buat para pemandu di bandar ini.

““Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Airasia Super App atas pelancaran airasia ride di Sabah. Kami berbesar hati kerana warga Kota Kinabalu akan menjadi yang pertama untuk menikmati perkhidmatan airasia ride di Malaysia Timur.

“”Ini adalah perkembangan yang amat dialu-alukan kerana ia bukan sahaja mewujudkan persekitaran perniagaan yang berkembang pesat di ibu negeri ini, malah ia mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di dalam sektor e-hailing untuk warga belia di Sabah.

“AirAsia telah menjadi pemain penting dalam menyokong sektor pelancongan di Sabah terutamanya selepas sempadan negara dibuka dengan pelancaran semula beberapa laluan utama pelancongan antarabangsa serta domestik, dan kami berharap untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan yang lebih baik di jalan raya untuk para pelancong yang datang ke negeri ini dengan pelancaran airasia ride”, katanya semasa berucap pada majlis pelancaran airasia ride di sini, hari ini dan secara rasminya melepaskan konvoi airasia ride bersama Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App Amanda Woo.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride Lim Chiew Shan dan Ketua Penghantaran (Kumpulan), airasia Super App Lim Ben-Jie.

Sementara itu, Amanda Woo berkata, beliau berbesar hati untuk memperkenalkan airasia ride di Sabah pada hari ini.

“Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan untuk kami dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan ini ke seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah di atas sokongan mereka sepanjang proses pengembangan kami di negeri ini.

“Pelancaran ini bukan sahaja dapat memanfaatkan para pelanggan melalui promosi hebat yang disediakan, tetapi kami juga ingin menggalakkan para pemandu e-hailing untuk melihat program inisiatif unik di airasia ride. Melalui inisiatif ini, para pemandu akan disediakan dengan kenderaan dan latihan yang diperlukan untuk memperoleh lesen PSV, pendapatan bulanan dari RM2,000 ke RM4,000 beserta insentif tambahan sehingga RM4,000 sebulan, insurans e-hailing, EPF, SOCSO dan faedah perubatan.

“Manakala pemandu airasia ride yang telah mendapat pangkat ‘Captain’ untuk tiga bulan berturut-turut juga boleh menikmati ganjaran Penerbangan AirAsia pada diskaun 90%”, jelasnya.

Menurut Amanda, selain memperoleh 85% daripada tambang bersih (tidak termasuk caj tol), jumlah yang lebih tinggi berbanding penyedia e-hailing lain di pasaran, pemandu airasia ride juga boleh memanfaatkan salah satu jenama syarikat penerbangan paling kukuh di Asia dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dalam perjalanan pergi dan balik dari lapangan terbang.

“Para tetamu dalam penerbangan AirAsia kini boleh menempah perkhidmatan angkut dari lapangan terbang mereka dengan mudah melalui airasia ride semasa melakukan tempahan penerbangan mereka.

“Setakat ini seramai 350 orang pemandu yang sudah memulakan perkhidmatan airasia ride sejak sebulan lalu, ia akan meningkat ke 500 pemandu dalam satu hingga dua bulan lagi dan akan berkhidmat di sekitar Kota Kinabalu.

“Walaubagaimanapun perkhidmatan airasia ride ini juga akan dikembangkan ke bandar-bandar utama di negeri ini seperti Tawau dan tempat-tempat lain yang menjadi hab pelancongan Sabah”, ujarnya

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya