Orang ramai dipelawa meriahkan Sambutan Hari Malaysia Jumaat ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dipelawa untuk hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Kerja Raya (KKR), Mohd Hanafiah Mohd Kassim berkata, sambutan itu juga akan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

“Sambutan ini akan diadakan pada 16 September iaitu pada Jumaat ini di Padang Merdeka Kota Kinabalu mulai jam 6 petang.

“Selain Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan isteri, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri serta barisan jemaah kabinet negeri juga akan hadir pada sambutan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Hanafiah berkata, pelbagai program telah disusun antaranya, pertandingan Jalur Gemilang@Instagram anjuran Jabatan Penerangan Sabah, majlis tahlil, doa selamat dan khutbah Jumaat khas, di samping acara pentas dan persembahan artis-artis tempatan.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerja Raya, Robert Tawik, Timbalan SUT KKR, Hassan Mahali serta pengurusan KKR.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *