HomeSukanMerrywati sandaran pingat emas acara silat SUKMA XX

Merrywati sandaran pingat emas acara silat SUKMA XX

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Skuad Silat Sabah meletakkan sasaran tiga pingat emas pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA XX).

Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PSS PESAKA Sabah), Datuk Iliyas Ibrahim berkata, Sabah menyandarkan harapan kepada pesilat wanita negara, Merrywati Manuil bagi menyumbang sekurang-kurangnya satu pingat emas.

“Walaupun sasaran ini nampak sedikit namun amat realistik untuk dicapai oleh para pesilat Sabah berdasarkan latihan dan persediaan yang dilakukan untuk menghadapi kejohanan SUKMA.

“Skuad Silat Sabah diwakili 30 orang ke temasya SUKMA yang akan berlangsung di Lembah Klang pada 16 hingga 24 September ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

 Merrywati (kiri) mempersembahkan silat di hadapan Tun Juhar (empat dari kanan) dan Toh Puan Norlidah (tiga dari kanan).

Iliyas berkata, pasukan terdiri daripada 25 pesilat dan empat jurulatih, manakala Naib Yang Dipertua PSS PESAKA Sabah, Awang Mesri Awang Kepli bertindak sebagai pengurus pasukan.

Tun Juhar juga menerima kunjungan Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM), Tuah Jani Abd Majid serta rombongan.

Tuah menjelaskan, selepas ditubuhkan 15 tahun lalu, Seni Silat Gayong kian mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat dan kini mempunyai 25 cawangan di Sabah. 

Pada kunjungan tersebut, beliau menyampaikan Sandang Kebesaran Penaung Tertinggi Kehormat PSSPGM, Seri Mahkota Dewangga Chula Sakti kepada Tun Juhar yang disaksikan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya