HomeUtama4,332 individu terima bantuan YKS

4,332 individu terima bantuan YKS

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) telah membantu seramai 4,332 individu yang memerlukan di negeri ini sejak penubuhannya pada September tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, idea penubuhan YKS itu berikutan pandemik Covid-19 melanda khususnya di negeri ini dan melihat begitu ramai orang yang terkesan serta memerlukan bantuan.

“Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) telah menubuhkan YKS bagi membantu menggerakkan kebajikan rakyat dan mahu yayasan itu diuruskan secara telus mengikut peraturan dan undang-undang yang mentadbir yayasan,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YKS di Menara Kinabalu dekat sini pada Selasa.

Menurut Hajiji, penerima bantuan daripada YKS termasuk mangsa bencana alam, keluarga dan kanak-kanak sekolah. Bantuan juga diberikan untuk kes kecemasan yang tidak dilindungi oleh yang lain termasuk bantuan organisasi dan agensi kerajaan.

Dalam mesyuarat itu, Hajiji telah diberi taklimat oleh Pengarah YKS Rugayah Awang Besar mengenai aktiviti dan rancangan yayasan itu antaranya penubuhan Teratak Perihatin YKS, berkonsepkan rumah tumpangan bagi kemudahan golongan yang memerlukan dari daerah jauh untuk tinggal sementara dan memudahkan mereka melawat saudara mereka yang dimasukkan di hospital dekat sini.

Rumah yang sudah siap kira-kira 75 peratus itu boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa.

Hajiji kemudiannya turut menyaksikan penyerahan sumbangan RM40,000 daripada Kelab Rekreasi, Kebajikan dan Sukan (KHKS) Kementerian Kewangan Negeri kepada YKS.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Sofian Nair kepada Rugayah.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya