HomeUtamaPelan Pengurusan RBBC mampu mencapai objektif menjelang 2029

Pelan Pengurusan RBBC mampu mencapai objektif menjelang 2029

Read Time:2 Minute, 12 Second

BEAUFORT : Sebanyak 13 pelan tindakan yang terkandung dalam Pelan Pengurusan Rizab Biosfera Banjaran Crocker (RBBC) telah dirangka bagi memastikan objektif yang dirancang akan dapat dicapai menjelang tahun 2029.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) Dr Maklarin Lakim berkata, antara objektif RBBC adalah bagi memastikan perlindungan biodiversiti, pembangunan mampan, penyelidikan dan pendidikan, serta pembangunan ekonomi komuniti melalui eko-pelancongan.

“Saya percaya, dengan adanya sokongan daripada pihak berkepentingan dan para komuniti, kita pasti mampu memanfaatkan program UNESCO ini dengan baik dan memperoleh kejayaan sesuai dengan dasar yang telah dirangka oleh Pengurusan RBBC.

“Sebagai perkongsian, di seluruh dunia setakat ini, terdapat 727 Rizab Biosfera yang berada di 131 buah negara. Sementara di Malaysia, hanya tiga tapak Rizab Biosfera iaitu Rezab Biosfera Tasik Chini, Pahang (2009), Rizab Biosfera Banjaran Crocker, Sabah (2014) dan Rizab Biosfera Bukit Bendera, Pulau Pinang (2021),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Jelajah, Taklimat dan Pameran RBBC daerah Beaufort di Dewan Kampung Biah Batu 65 di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasneh.

Maklarin berkata, RBBC merangkumi sebahagian daripada sembilan buah kawasan pentadbiran daerah iaitu, Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Tenom, Keningau, Tambunan, Ranau dan juga Tuaran.

Katanya, program UNESCO Manusia dan Biosfera (MaB) mengambilkira hubungan di antara manusia dan juga persekitaran.

“Oleh itu, RBBC ini di bahagikan kepada tiga zon utama iaitu Zon Teras, Zon Penampan dan Zon Peralihan di mana penzonan ini bertujuan untuk mengawal aktiviti manusia di luar kawasan Zon Teras.

“Secara ringkasnya, Rizab Biosfera ialah satu kawasan geografi daratan yang boleh meliputi sehingga ke pesisir pantai, diurus melalui pendekatan pembangunan mampan atau pun lestari,” katanya.

Dalam pada itu, Isnin berkata, pihaknya berasa bertuah kerana sebahagian daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias berada dalam Zon transisi RBBC.

Katanya, ini bermakna, kawasan Klias masih mempunyai ciri-ciri alam semulajadi yang bernilai tinggi dan berupaya untuk dijadikan produk dan tumpuan pelancong yang gemar menjelajah dan menikmati kekayaan hutan Tropika.

“Saya menyokong penuh kenyataan Dr. Maklarin mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan Alam Sekitar. Dan saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah mewujudkan program seumpama ini, dimana rakyat atau masyarakat, terutamanya di kawasan DUN Klias, berpeluang menyertai dan mengetahui apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri Sabah yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Saya amat berharap supaya program Taklimat dan Pameran ini bukan hanya diadakan pada hari ini sahaja, tetapi juga diteruskan secara berkala, supaya pemeliharaan dan pemuliharaan Kawasan DUN Klias dapat ditingkatkan,” katanya.

Beliau percaya dengan adanya program-program sebegini akan memudahkan masyarakat mendapat pendidikan berterusan berhubung dengan alam sekitar disamping membangun dan meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat Klias melalui industri eko-pelancongan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya