HomeSukanSUKMA XX : SSGA hantar skuad penuh gimnastik, harap mampu raih pingat...

SUKMA XX : SSGA hantar skuad penuh gimnastik, harap mampu raih pingat emas

Read Time:2 Minute, 16 Second

KUALA LUMPUR: Skuad gimnastik Sabah yang akan bertanding pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX 2022 di ibu negara bermula Sabtu ini diharap mampu menghasilkan beberapa pingat menerusi acara gimnastik artistik dan berirama.

Presiden Persatuan Gimnastik Sabah (SSGA) Dr Judy Mahibol berkata, pihaknya turut menghantar skuad penuh bagi menyertai temasya berkenaan.

“Atlet artistik kita telah membuat persiapan sejak sebelum pandemik COVID-19 melanda dan menyambung semula latihan pada penghujung tahun lalu.  Mereka juha telah bekerja keras.

“Diharapkan pertandingan yang mereka sertai di Terbuka Singapura dan kejohanan kebangsaan baru-baru ini telah mempertingkatkan lagi prestasi dan keyakinan mereka menghadapi cabaran di SUKMA,” katanya.

Beliau turut berharap agar para atlet gimnas senior akan dapat mengutip beberapa pingat dalam acara individu dan memberi persembahan konsisten dalam acara berpasukan.

Katanya, dalam acara gimnastik berirama, skuadnya akan bertanding dengan status kategori B dan akan mengambil bahagian dalam acara individu dan berpasukan buat pertama kali dalam sukan terbesar negara itu.

Tambahnya lagi adalah amat penting buat atlet gimnastik berirama mendapat pendedahan dalam pertandingan seperti di SUKMA untuk melihat tahap kemampuan mereka.

“Pertandingan akan menjadikan atlet kita lebih tabah, berkemahiran dan bersemangat. Ia bukan sekadar untuk memenangi pingat,” katanya.

Pasukan gimnastik artistik terdiri daripada Brandon Denoley Luise, Ammar Zafi Mohd Firdaus, Abd Izzat Daniel Abd Rauf, Charlie Richie Chong, Jacob Hezron Andreas and Liew Jun Xiang (lelaki) serta Felicity Grace Sew Pei En, Nur Farisha Atiqah Shuaili, Jill Avie Horatio, Ammanda Wong Yeah Chean, Cherfie Resie Chong dan Jennisia Jiniol (wanita).

Pengurus pasukan ialah Marilyn Buseong dan chaperon Chin Mei Ying manakala jurulatih ialah Liew Tong Ee, Azri Omar dan Mohd Zamri Din.

Atlet gimnastik berirama terdiri daripada Lee Ting Ting dari Sekolah Menengah Tshung Tsin (TTSS), Iona Scherise Gonsilou (SM St Francis), Rachel Janice Tai (SM Kian Kok), Faith Chin Mei San (SM Kian Kok), Eva Lissandra Westly (SMK Lohan Ranau), Kong Pui Shyuan (TTSS), Hazel Meyriel (SM St Francis) dan Annastsaya Kienna Japlin (SM All Saints).

Pengurus pasukan ialah Law Phaik Chuan manakala jurulatih ialah Corina Binting (SM Lok Yuk) dan Zovi Tie Yu Pei (Reading University) Ningsari Atiqah Ali (SM Kian Kok) sebagai penolong jurulatih.

Dalam pada itu, Judy turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah atas sokongan dan bantuan kewangan sepanjang persiapan SUKMA.

 “Syabas kepada semua jurulatih atas kerja keras dan dedikasi mereka. Salam terbaik buat kedua-dua pengurus pasukan atas komitmen mereka sejak awal latihan Sukma dan untuk semua ibu bapa yang telah memberi sokongan,” katanya.

Sukan gimnastik menawarkan 21 pingat emas iaitu 14 emas untuk acara gimnastik artistik dan tujuh dalam gimnastik berirama.

Pertandingan gimnastik artistik berlangsung pada 17-19 September diikuti gimnastik berirama pada 21-23 September. Kedua-duanya akan berlangsung di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara (MSN) di sini.

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular