HomeIsu tempatan2 lelaki tempatan ditahan cuba seludup minyak masak ke negara jiran

2 lelaki tempatan ditahan cuba seludup minyak masak ke negara jiran

Read Time:1 Minute, 6 Second

SEMPORNA: Polis menahan dua lelaki tempatan bersama 1,700 paket minyak masak disyaki cuba diseludup ke negara jiran dalam satu operasi serbuan di Jalan Pinggir Bakau dekat sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas tapak kilang kosong Jalan Pinggir Bakau, dekat sini pada 12 September 2022 jam lebih kurang 10.30 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 100 kotak minyak masak pelbagai jenama berada di dalam sebuah bilik dipercayai stor penyimpanan barang kawalan dipercayai untuk diseludup.

Minyak masak yang dirampas cuba diseludup ke negara jiran.

“Pemeriksaan lanjut mendapati setiap kotak masing-masing mengandungi 17 paket minyak masak disyaki untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Farhan, hasil serbuan itu juga pihak polis telah merampas sebuah lori dan menangkap dua lelaki tempatan berumur 21 tahun dan 24 tahun.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Semporna untuk tindakan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM49,250 dan seterusnya diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Semporna untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan kepada pihak polis atau KPDNHEP dan pihak IPD mengucapkan terima kasih atas maklumat dari orang awam yang menyalurkan maklumat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya