HomeIsu tempatanSMK Tebobon dan SMK Likas terpilih terima sumbangan buku daripada MBKM

SMK Tebobon dan SMK Likas terpilih terima sumbangan buku daripada MBKM

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon dan SMK Likas terpilih menerima sumbangan buku daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Kedua-dua sekolah itu masing-masing menerima buku yang disumbangkan menerusi kerjasama daripada pihak pengusaha industri buku seperti Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), PNI Neuron dan syarikat Penerbitan Nadi Ilmu.

Pengarah MBKM, Mohd Khair Ngadiron berkata, MBKM yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) pada 1968 adalah dengan membawa visi untuk memartabat budaya membaca dan memperkasa industri perbukuan.

“Antara galakan aktiviti perbukuan yang dilaksanakan adalah Pesta Buku Negeri dengan Kerjasama Pustakawan Negeri dan Persatuan-persatuan perbukuan.

“Pesta Buku Kinabalu 2022 akan berlangsung pada 15 hingga 18 September ini di ruang legar Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Tanjung Aru hasil kerjasama MBKM dan Pustakawan Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis Program Transformasi Pembelajaran menggunakan Kemahiran Peta Minda Visual pada tahun 2022 di SMK Tebobon, di sini, semalam.

Majlis turut dihadiri Presiden Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Datuk Dr Ivan Hoe Wat Sing dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Salleh Linggam.

Menurut Mohd Khair, MBKM juga turut mengambil peluang ini untuk bekerjasama dengan penerbit dan pengusaha industri buku untuk memberi semula kepada rakyat dengan menyumbang buku kepada warga sekolah yang terpilih.

“Hal ini selaras dengan salah satu misi MBKM iaitu mengembangkan budaya membaca rakyat Malaysia melalui kolaborasi dengan penggiat dan pengusaha industri buku.

“Alhamdulilah, SMK Tebobon dan SMK Likas menjadi sekolah yang bertuah untuk menjayakan program ini,” katanya.

Katanya, MBKM tidak menyangka mendapat sambutan dan kerjasama loleh guru-guru di kedua-dua sekolah yang dilihat amat luar biasa.

“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

“Kami berharap guru dan pelajar dapat memanfaatkan alat bantu mengajar, bahan bacaan dan buku yang diterima.

“Selain itu, kami turut berharap program seperti ini akan giat terus dijalankan pada masa akan datang bersama penggiat industri buku yang lebih banyak demi menjamin kecemerlangan anak bangsa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular