HomeUtamaRAS perluas peranan komuniti jaga alam sekitar

RAS perluas peranan komuniti jaga alam sekitar

Read Time:47 Second

TUARAN : Rakan Alam Sekitar (RAS) memperluaskan lagi peranannya dengan melibatkan komuniti dalam isu penjagaan alam sekitar.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Amiril Aripin berkata, inisiatif yang dilaksanakan sejak tahun 2009 itu merupakan salah satu usaha JAS dalam memperluaskan keterlibatan komuniti.

Katanya, ini termasuklah orang awam, pelajar sekolah dan agensi-agensi bukan kerajaan dalam usaha menjaga alam sekitar.

“Dengan wujudnya RAS, mereka boleh membantu menjadi mata dan telinga bagi memastikan isu-isu alam sekitar dapat diangkat ke perhatian pihak berkuasa dan seterusnya dapat ditangani dengan telus serta efisien.

“Setakat ini, dianggarkan seramai 15,000 ahli RAS berdaftar di Sabah dan kempen sedang giat dijalankan untuk meningkatkan jumlah ahli yang berdaftar di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2022 di sini, semalam.

Hadir sama, wakil Pegawai Daerah, Malim Supri, Pengurus Besar Kanan Aset, PETRONAS Carigali Sdn. Bhd., Mohd Nazlee Rasol dan Pengetua SMK Badin, Zamli Mantamin.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular