MKIC serah zakat perniagaan kepada MUIS

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU : Malaysian Kuwaiti Investment Co. (MKIC) Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2021 sebanyak RM677,118 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Pengerusi MKIC, Datuk Sri Dr Sabin Samitah berkata, pembayaran zakat perniagaan tersebut adalah pertama kali diserahkan kepada MUIS dengan mengambil kira kebanyakan perolehan pendapatan melalui perniagaan di negeri ini.

“Lazimnya, MKIC menyerahkan zakat perniagaan kepada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kami amat berharap dengan pembayaran zakat perniagaan ini dapat membantu lebih ramai asnaf yang memerlukan di negeri ini,” katanya.

Penyerahan disampaikan oleh Sabin kepada Yang di-Pertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin di pejabatnya, di sini kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Yang DiPertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali serta Ahli Lembaga Pengarah MKIC, Datuk Dr. Mohamad Hashim Ahmad Tajudin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.