Tambah kerusi Parlimen di kawasan berkepadatan tinggi – Yakub

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU :  Kawasan-kawasan yang agak padat dengan penduduk khususnya di negeri ini perlu diteliti untuk ditambah kerusi Parlimen.

Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ia mengambil contoh kawasan Parlimen Sepanggar yang kini mempunyai kepadatan penduduk seramai 107,000.

Katanya, dengan jumlah penduduk yang ada di kawasan itu agak mustahil untuk seorang wakil rakyat mentadbir sesuatu kawasan dengan peruntukan yang diberikan.

“Sebagai contoh, Parlimen Sepanggar sekarang daripada dulu bermula 40,000, naik kepada 60,000 sekarang sudah mencecah 107,000.  Jumlah itu untuk seorang Ahli Dewan Negara atau wakil rakyat untuk mentadbir sebuah kawasan yang penduduknya ramai, adalah mustahil dengan peruntukan-peruntukan tertentu sahaja.

“Jadi rasanya sesuai untuk dipecah dua kawasan begini atau di tambah kawasan. Begitu juga di kawasan-kawasan lain dimana ia adalah bagi memastikan pentadbiran Kerajaan akan dapat dimudahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohnan Bola Baling Terbuka Sabah Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin di Kompleks Yayasan Tun Hamdan di sini hari ini.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, penambahan kerusi Parlimen juga akan dapat memperluaskan dan penyampaian kepada rakyat akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berhubung Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Anti Lompat Parti, Yakub berkarta,perkara itu telah dibincangkan dalam Kabinet Negeri Sabah.

“Berkenaan dengan sidang khas untuk kita bincangkan RUU berkaitan anti lompat parti, kita telah bincangkan di Kabinet dan Sabah juga menyertai sama dengan RUU ini.

“Saya yakin dan percaya dan berharap wakil-wakil rakyat akan duduk di dalam dewan nanti seterusnya memberi sokongan untuk kita menjayakan RUU ini nanti,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *