HomeUtamaDBKK bersama komuniti setempat tanam pokok buah-buahan di taman perumahan sekitar bandaraya

DBKK bersama komuniti setempat tanam pokok buah-buahan di taman perumahan sekitar bandaraya

Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam usaha memperkasakan agenda Sustainable Development Goals iaitu Bandar dan Masyarakat Mampan (Sustainable Cities And Communities), selain mencantikkan bandaraya dengan menanam pokok-pokok tumbuhan pelbagai jenis, pihak DBKK juga dalam usaha memulakan penanaman pokok buah-buahan di taman-taman perumahan sekitar bandaraya.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, Jabatan Landskap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini telah memulakan usaha menanam pokok buah-buahan di dalam kawasan lapang taman-taman perumahan sekitar bandaraya.

“Sekurang-kurangnya 25 buah taman perumahan dikenalpasti sekitar kawasan bandaraya bagi tujuan ini dan kerja-kerja penanaman sudahpun dimulakan secara berperingkat.

“Daripada kawasan penanaman ini sebanyak 11 baka buah-buahan dari DBKK dan selebihnya sumbangan daripada Jabatan Pertanian Negeri Sabah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan acara Hari Penanaman Pokok Sempena Hari Malaysia #4,000, di samping mengadakan acara penanaman simbolik 59 pokok Bunga Raya, bersempena dengan Hari Malaysia ke-59 pada tahun ini, di Di Taman Cycleway Phase 3, Darau, dekat sini, hari ini.

Noorliza berkata, antara spesis buah yang di tanam adalah pokok takob-bakob, mangga, rambutan, pokok manggis, ciku, limau madu, pokok bambangan dan lain-lain.

“Setiap pokok akan dipasang dengan papan tanda info berkenaan pokok dan nombor siri untuk tujuan makluman serta pemantauan.

“Pokok-pokok ini ditanam bertujuan untuk memberi manfaat kepada komuniti dan tidak boleh diisytihar sebagai hak milik persendirian oleh mana-mana individu serta menggalakkan komuniti setempat turut serta dalam aktiviti kebun bandar,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Sabah di atas bantuan nasihat teknikal dan sumbangan sebahagian dari pokok-pokok buah-buahan tersebut.

Sementara itu, semasa majlis pelancaran Penanaman Pokok Sempena Hari Malaysia #4,000 hari ini, pihak SHAREDA juga turut menyumbang sejumlah 100 pokok buah limau untuk diedarkan kepada 100 warga bandar raya Kota Kinabalu sebagai tanda sokongan berterusan ke atas usaha program tanaman itu.

Di fasa selanjutnya, Noorliza berkata, DBKK akan berusaha untuk mengembangkan konsep kebun bandar di kawasan- kawasan yang mana mendapat sambutan serta kerjasama dari komuniti setempat.

“Kesemua usaha-usaha ini juga adalah selaras dengan Misi dan Visi DBKK iaitu Menjadikan Kota Kinabalu sebuah Bandar Raya yang Bersih, Hijau dan Berdaya Huni demi Kota Kinabalu Sejahtera,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya