HomeUtamaAgong zahir ucapan Selamat Ulang Tahun ATM ke-89

Agong zahir ucapan Selamat Ulang Tahun ATM ke-89

Read Time:42 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-89 kepada warga angkatan tentera, veteran serta mereka yang pernah berkhidmat bersama ATM.

Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Seri Paduka turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira ATM yang telah terkorban semasa bertugas bagi melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

“Seri Paduka mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” menurut Istana Negara menerusi laman Facebook, hari ini.

Seri Paduka turut mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

“Syabas dan tahniah,” titah Seri Paduka.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular