HomeSukanSUKMA XX : Wushu Sabah mampu cipta kejutan

SUKMA XX : Wushu Sabah mampu cipta kejutan

Read Time:1 Minute, 13 Second

KUALA LUMPUR: Skuad wushu Sabah mampu mencipta kejutan seterusnya membawa pulang pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX 2022 yang berlangsung di ibu negara.

Selepas dua hari sukan wushu berlangsung, skuad itu mempamerkan aksi mengujakan apabila bukan sahaja berjaya merangkul satu pingat perak dan satu gangsa tetapi tiga lagi atletnya turut berjaya mara ke peringkat akhir.

Tiga finalis itu ialah Muhammad Hanif Abdullah (Sanda lelaki -56kg), Muhammad Akid Azlan (Sanda lelaki -60kg) dan Jack Phoon Yan Jie (Sanda lelaki -70kg).

Kejayaan melangkah ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung hari ini peluang untuk mengutip pingat emas sebagai tambahan kepada pingat perak yang dimenangi Siaw Ree Hang dan pingat gangsa Shelden Spencer Wong.

Pengurus pasukan, Lee Hon Yu berharap agar ketiga-tiga mereka yang layak akan dapat memberikan yang terbaik seterusnya merangkul pingat emas.

Pada separuh akhir, Hanif menewaskan peserta Kelantan, Muhammad Zawawi manakala Akid mengenepikan Tan Xiao Wei (Selangor) dan Phoon mengecewakan Adam Akashah (Kedah).

Sambil itu, pingat perak yang dimenangi Siaw dalam acara Nangun lelaki semalam adalah pingat pertama wushu Sabah di SUKMA.

Beliau mengumpul 9.556 mata untuk menjadi yang kedua terbaik selepas peserta Pulau Pinang yang mengumpul 9.640 mata untuk pingat emas.

Pingat gangsa juga dimenangi peserta Pulau Pinang, Wee Din Jun yang mengumpul 9.553 mata.

Shelden yang mengalami kecederaan dalam pertarungan suku akhir kelmarin pula tewas ditangan peserta Selangor, William Tan dalam pusingan empat peserta terakhir acara Sanda lelaki -52kg untuk hanya berpuas hati dengan pingat gangsa

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Sabah FC waspada bertemu pasukan bekas ‘Ketua Kampung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular