UMS sasar enam pingat emas pada Kejohanan SUKUM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyasarkan enam pingat emas pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 yang berlangsung pada 17 hingga 24 September 2022 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata, seramai 48 atlet dan sembilan pegawai UMS akan menyertai enam jenis sukan di kejohanan tersebut.

“Jenis sukan yang disertai ialah badminton, ping pong, bola tampar wanita, olahraga, futsal lelaki dan futsal wanita. Saya percaya, sasaran yang ditetapkan ini mampu dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Amanat dan Penyerahan Bendera UMS yang berlangsung di Cafe D’Sireh, Bangunan Canselori, di sini kelmarin.

Beliau yang juga menjalankan fungsi Naib Canselor UMS turut berpesan agar semua atlet UMS menjaga tingkah laku dan tatatertib sepanjang kejohanan berlangsung.

“Selain itu, semua atlet harus sentiasa menjaga kesihatan diri dan jaga pemakanan supaya sentiasa cergas serta memberikan saingan terbaik kepada pihak lawan sepertimana slogan kontinjen UMS iaitu alap-alap tatap mananduk,” katanya yang turut mewakili UMS dalam acara futsal lelaki.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *