HomeIsu tempatanRFD sahut seruan kibar Jalur Gemilang

RFD sahut seruan kibar Jalur Gemilang

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Rimba Fitness Dance (RFD) menyahut seruan untuk menyertai kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai tanda bersatu padu.

Pengurus RFD, Silia Lawrence berkata, Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat, yang mencetuskan solidariti dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang.

“Setiap warga Malaysia tanpa mengira bangsa mahupun agama perlu menyemarakkan semangat patriotisme terhadap negara tercinta tanpa berbelah bagi.

“Marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa cinta terhadap negara, diiringi doa dan harapan agar negara sentiasa dilindungi daripada malapetaka terutama negara segera pulih daripada wabak Covid-19,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Rimba Fitness Dance for Malaysia Independence Day di sini, kelmarin.

Silia berkata, RFD sentiasa komited mengibarkan bendera sebagai sokongan terhadap hasrat kerajaan yang ingin melihat masyarakat menghormati Jalur Gemilang walau di mana berada.

“Oleh itu, RFD dengan melibatkan seramai 50 ahli turun padang hari ini dengan pengisian zumba dan kemudiannya walkabout sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar Taman Ujana Rimba Tropika.

“Diharap dengan usaha kecil kami ini setidaknya dapat membantu dalam menyemarakkan dan berjaya menceriakan lagi sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular