HomeUtamaLebih 5,000 masyarakat meriahkan Hari Malaysia negeri Sabah

Lebih 5,000 masyarakat meriahkan Hari Malaysia negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Lebih 5,000 masyarakat terdiri dari pelbagai kaum dan etnik khususnya di sekitar bandaraya Kota Kinabalu hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah di sini semalam.

Sambutan yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta barisan Kabinet Sabah.

Pengunjung yang membanjiri Padang Merdeka

Acara dimulakan dengan Pemotongan Kek Hari Malaysia 2022 yang di sempurnakan oleh Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah seterusnya penyampaian Sijil Khas Penghargaan kepada empat atlet Sukan Pencak Silat yang memenangi Pingat Emas Juara Dunia pada Julai lalu.

Turut menerima Sijil Khas Penghargaan adalah seorang ahli sukan Muaythai yang telah memenangi Juara Remaja Dunia pada Ogos lalu.

Atlet-atlet yang menerima sijil khas penghargaan

Orang ramai yang hadir turut disajikan dengan tayangan montaj mengenai sejarah pembentukan Malaysia.

Sejurus selepas itu, Tun Juhar turut menerima Jalur Gemilang daripada Konvoi Kembara Merdeka yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Sufian Musa.

Majlis turut diserikan dengan persembahan khas Keluarga Malaysia Teguh Bersama yang dipersembahakan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).

Sementara itu, pengunjung, Muhammad Zufayri Fauzi mengakui sambutan Hari Malaysia yang diadakan di negeri ini sangat meriah.

“Malam ini sambutan agak meriah, saya pertama kali sambut Hari Malaysia di Sabah, kepelbagaian etnik di sini agak menarik berbanding yang saya saksikan di Semenanjung.  Persembahan kebudayaan juga pertama kali saya lihat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular