HomePolitikAhli Parlimen selar Rafizi berhubung mesej Hari Malaysia

Ahli Parlimen selar Rafizi berhubung mesej Hari Malaysia

Read Time:1 Minute, 28 Second

CYBERJAYA — Seorang Ahli Parlimen Sarawak membidas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli kerana mendakwa pemimpin di Malaysia Timur sering menuding jari kepada ‘Semenanjung’ sebagai punca kepada segala masalah di Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni menyifatkan kenyataan Rafizi sempena Hari Malaysia itu kepada rakyat Sabah dan Sarawak sebagai “mengelirukan” dan “mengecewakan”.

“Saya lihat kenyataan Rafizi sebagai berunsur politik dan sama sekali tidak mencerminkan semangat perkongsian sama rata di Malaysia di mana Sarawak dan Sabah diabaikan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kerajaan negeri Sabah dan Sarawak serta kerajaan persekutuan perlu bekerjasama untuk melaksanakan transformasi buat kedua-dua negeri Borneo itu, lebih-lebih lagi sumber dan cukai yang dikutip daripada kedua-dua negeri dikongsi bersama kerajaan persekutuan.

Beliau mendakwa mesej Rafizi boleh ditafsirkan sebagai Semenanjung hanya mahu meraih hasil kewangan daripada negeri-negeri Malaysia Timur tanpa melakukan bahagiannya dalam pembangunan.

Lukanisman yang juga timbalan ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut mempersoalkan mengapa Rafizi tiba-tiba berminat dengan soal kebajikan rakyat di dua negeri itu.

“Mungkin untuk memenangi hati penyokong dan rakyat di Sarawak dan Sabah menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang semakin hampir. Kita hanya boleh membuat spekulasi,” katanya.

Pada Hari Malaysia, Rafizi menasihatkan rakyat Sabah dan Sarawak agar tidak termasuk dalam perangkap politik wilayah sempit mengadu domba untuk melawan Semenanjung, khususnya membabitkan pengagihan kekayaan negara.

“Masalah kemiskinan di Sabah dan Sarawak bukanlah soal agihan peruntukan kerajaan persekutuan semata-mata tetapi ia soal amanah dan ekosistem yang perlu ada di peringkat Sabah dan Sarawak serta undang-undang Persekutuan Malaysia yang perlu tegas menghukum mereka,” kata Rafizi.

Beliau mendakwa di Malaysia Timur, golongan yang mengaut kekayaan daripada amanah kuasa ini juga ‘sama naik’ dengan mengambil kesempatan menuding jari kepada ‘Semenanjung’ sebagai punca kepada segala masalah di Sabah dan Sarawak.

RELATED ARTICLES
Politik

PKR Sabah mahu rundingan agihan kerusi dilaksanakan secara pakej

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular