HomeLuar negaraHartawan India Gautam Adani individu kedua terkaya dunia, atasi pengasas Amazon

Hartawan India Gautam Adani individu kedua terkaya dunia, atasi pengasas Amazon

Read Time:44 Second

BERNAMA

NEW YORK: Hartawan India Gautam Adani mengatasi pengasas Amazon Jeff Bezos sebagai individu kedua terkaya di dunia, menjadikannya rakyat pertama India mencapai tahap kekayaan global yang tertinggi, menurut Bloomberg Billionaires Index pada Jumaat, lapor Sputnik.

Adani, yang sebelum ini di tempat ke-14 Indeks Billionaires Bloomberg, memiliki anggaran kekayaan semasa berjumlah USD146.9 bilion di belakang pengasas Tesla, Elon Musk.

Musk individu terkaya di dunia ketika ini dengan anggaran kekayaan sebanyak USD260 bilion.

Menurut Bloomberg Billionaires Index nilai kekayaan Adani meningkat selepas saham syarikat perdananya Adani Enterprises Ltd melonjak ke paras tertinggi minggu ini.

Nilai saham beberapa syarikat kumpulan Adani juga meningkat lebih 1,000% sejak 2020.

Sementara itu, nilai bersih Bezos merosot kepada USD145.8 bilion pada penilaian terakhir apabila penjualan semula saham syarikat Big Tech di Wall Street menjejaskan kekayaan individu terkaya Amerika dalam sektor itu. Saham Amazon menurun lebih 25% tahun ini.

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya