HomeUtamaLKIM rangka pelan strategik merangkumi sektor pertanian, sosioekonomi nelayan

LKIM rangka pelan strategik merangkumi sektor pertanian, sosioekonomi nelayan

Read Time:1 Minute, 40 Second

BELURAN : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah merangka pelan strategik secara holistik merangkumi pembangunan sektor pertanian dan sosioekonomi nelayan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia sekali gus menunjukkan betapa besarnya sumbangan sektor perikanan dalam pembangunan ekonomi negara.

“Pada majlis ini, saya mengumumkan Penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Paitan yang merupakan PNK ke-15 bagi Negeri Sabah.

“Penetapan sempadan PNK Paitan adalah dari Kampung Sungai Mapad sehingga Kampung Sungai Memahat serta pulau-pulau di sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan Program Semarak Tani Keluarga Malaysia @ Beluran di sini hari ini.

Dr Ronald Kiandee

Ronald berkata, antara cadangan kegiatan ekonomi yang akan dilaksanakan di PNK Paitan adalah Projek Agrotourism, Projek Pemasaran Ikan dan Hasil Laut serta Projek Kontrak dan Pembekalan.

Terdahulu, Program Semarak Tani Keluarga Malaysia @ Beluran yang dianjurkan MAFI bersama Jabatan dan Agensi dibawahnya itu merupakan rangkuman produk-produk di bawah MAFI.

Program itu bertujuan untukmembantu memperkasa komuniti agromakanan luar bandar selain menyampaikan maklumat tentang pendekatan serta dasar-dasar terkini kerajaan secara terus kepada rakyat di peringkat lapangan.

Pelbagai aktiviti seperti Jualan Murah Keluarga Malaysia, My Best Buy Keluarga Malaysia, Kenduri Rakyat, Pameran Jabatan dan Agensi, Program Dialog Industri dan Peningkatan Kapasiti Nelayan, Program Agropreneur Muda, Sukan Rakyat, Pemimpin Bersama Komuniti dan lain-lain dilaksanakan sepanjang program ini.

Dr. Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, program ini juga adalah usaha MAFI bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas secara langsung komuniti agromakanan terhadap impak pelaksanaan dasar dan pendekatan kerajaan melalui kementerian serta memberikan jaminan terhadap komitmen serta usaha-usaha berterusan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan serta taraf hidup mereka.

Beberapa penyerahan insentif kepada komuniti agromakanan turut diadakan bersempena Program Semarak Tani Keluarga Malaysia @ Beluran yang merangkumi penyerahan sumbangan kepada asnaf JHEAINS Daerah Beluran dan sumbangan perlindungan takaful kemalangan diri oleh Bank Pertanian Malaysia (Agrobank), penyerahan peralatan pertanian oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), penyerahan Projek NaikTaraf Jeti Nelayan oleh LKIM dan penyerahan Kit serta pelepasan lori MAFI Prihatin.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya