Shopee pecat lebih ramai pekerja 3 bulan selepas pemberhentian kerja terakhir

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 14 Second

SINGAPURA: Syarikat gergasi e-dagang Shopee memberhentikan lebih ramai pekerja pada Isnin (19 Sep), dalam siri langkah terbarunya menyusuli kerugian lebih besar dan pertumbuhan hasil lebih perlahan.

Pemberhentian kerja itu diumumkan kepada kakitangan syarikat itu pagi tadi (19 Sep).

“Perubahan ini sebahagian daripada usaha berterusan kami bagi memaksimumkan kecekapan operasi dengan matlamat mencapai kemampuan diri bagi perniagaan-perniagaan kami,” kata seorang jurucakap Shopee dalam maklumbalasnya tentang pemberhentian kerja yang diumumkan pada Isnin.

“Kami sedang menghulurkan sokongan kepada rakan-rakan kerja kami yang terjejas semasa peralihan ini.”

Shopee juga berhubungan dengan Kesatuan Media Kreatif dan Penerbitan (CMPU), yang mewakili kakitangan Shopee, tentang “penyesuaian” terbarunya, menurutnya dalam satu kenyataan media bersama dengan kesatuan tersebut.

“Syarikat itu memberi jaminan kepada CMPU bahawa pakej-pakej pampasan sewajarnya akan diberikan kepada para kakitangan terjejas selaras dengan norma-norma pasaran,” menurut kenyataan itu.

Awal bulan ini, syarikat e-dagang terbesar Asia Tenggara itu membatalkan puluhan tawaran kerja. Pada waktu itu, syarikat induk Sea menyatakan pihaknya baru-baru ini membatalkan beberapa tawaran di Shopee “disebabkan penyesuaian kepada rancangan pengambilan pekerja” bagi sebilangan pasukan teknologi tetapi enggan menyatakan berapa banyak tawaran yang dibatalkan.

Pada bulan Jun, Shopee memberhentikan sebilangan kakitangan dari pasukan khidmat penghantaran makanan ShopeeFood dan pasukan pembayaran online ShopeePay di Asia Tenggara selain kakitangan di Mexico, Argentina dan Chile.

Dalam surat kepada kakitangan Sea minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Forrest Li berkata syarikat itu terpaksa membuat “beberapa pengumuman sukar” baru-baru ini, sambil merujuk kepada tempoh tidak menentu bagi industri teknologi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *