HomeSukanSUKMA XX : Bing Loo raih emas renang 200m gaya bebas untuk...

SUKMA XX : Bing Loo raih emas renang 200m gaya bebas untuk Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KUALA LUMPUR: Skuad renang Sabah memulakan cabaran pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 hari ini dengan merangkul satu pingat emas dan satu gangsa.

Pertandingan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan pingat emas pertama yang ditawarkan dalam acara 200m gaya bebas wanita menjadi milik perenang Sabah, Yie Bing Loo dengan catatan 2:07.03s.

Yie Bing Loo selepas menerima pingat emas dari kemenangannya dalam acara renang 200m gaya bebas wanita.

Pingat perak dimenangi perenang mewakili Sarawak Yao Kelly Teo dengan catatan 2:07.63s manakala gangsa milik Yong Qi Ong (Johor: 2:08.46s).

Skuad renang Sabah juga diwakili Hsiao Thang Lovell Wong dalam acara akhir 100m kuak dada wanita tetapi hanya berpuas hati meraih pingat gangsa dengan catatan 1.16.15s.

Pingat emas acara itu dimenangi perenang Johor, Rouxin Tan (1:11.25s) manakala pingat perak milik Ee Mang Low (Selangor: 1:14.96s).

Sambil itu, skuad boling padang Sabah turut memulakan cabaran dengan satu pingat gangsa dalam acara triples lelaki.

Trio boling padang Sabah (dari kiri) Aiman, Manaf dan Asmirul menang gangsa acara triples lelaki

Trio Sabah yang diangotai Abdul Manaf Saujor, Asmirul Arispadillah dan Muhd Afif Aiman Mohd Affendi menang 15-12 ke atas trio Sarawak (Abd Rahman Amminuddin, Mohd Amirul Hafiz Jaffar dan Mohd Ramadhan Mohd Jeffy) pada penentuan pingat gangsa.

Sehingga jam 6.30 petang tadi, hanya satu emas daripada Bing Loo dirai Sabah.

Sukan terbesar negara itu bagaimanapun akan berlangsung sehingga 24 September dan esok sahaja dijadualkan 40 pingat emas ditawarkan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular