HomeUtamaUsaha perkasa kepelbagaian budaya, etnik di Sabah perlu terus dilaksanakan - Yakub

Usaha perkasa kepelbagaian budaya, etnik di Sabah perlu terus dilaksanakan – Yakub

Read Time:1 Minute, 24 Second

SEPANGGAR : Usaha bagi memperkasakan kepelbagaian budaya dan etnik di negeri Sabah perlu terus dilaksanakan agar ianya tidak dilupakan khususnya kepada generasi muda.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, keharmonian pelbagai kaum di negeri ini juga dilihat terus subur dan kukuh.

“Menyedari bahawa Sabah mempunyai pelbagai etnik dan budaya maka saya dan beberapa rakan-rakan lain berusaha untuk turut sama membudayakan setiap kaum yang ada di Sabah.

“Di Parlimen Sepanggar khususnya dan saya di Dewan Undangan negeri (DUN) Karambunai mengambil langkah untuk memulakan di kawsan ini bagaimana untuk memperkasakan budaya, adat resam agar ianya tidak pupus ditelan zaman.

“Jangan sampai budaya dan kaum itu hanya kita kenali melalui busana dan tariannya sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Mandre-Mandre Tou Ogi Peringkat Sepanggar di sini semalam.

Hadir sama Presiden komuniti Bugis Sabah (PKBS) Dr Arsiah Bahrom.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, terdapat juga sebilangan masyarakat kini tidak lagi mengamalkan bahasa dan kebudayaan suatu kaum malah ada juga yang tidak diketahui.

“Mudah-mudahan usaha kecil ini akan dapat membuahkan hasil dan menjadi ikutan serta pendorong kepada masyarakat mengikut kawasan masing-masing, namun kita akan terus berusaha untuk memperkasakannya.

“Budaya suatu etnik ini juga telah lama diamalkan sejak dari nenek moyang kita lagi.  Saya juga berharap agar masyarakat di negeri ini akan terus hidup dalam suasana harmoni dan terus subur hingga bila-bila,” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, pihaknya bercadang untuk menjadikan Pesta Mandre-Mandre Tou Ogi sebagai acara tahunan selain turut dimasukkan dalam kalender Sepanggar.

“Bukan sahaja kepada perayaan ini malah perayaan yang melibatkan suku kaum Bajau, Suluk dan lain-lain akan saya dekati agar membugaran budaya itu akan terus harmoni,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular