HomeIsu tempatanPenolong Pegawai jabatan kerajaan salah guna kuasa ditahan SPRM

Penolong Pegawai jabatan kerajaan salah guna kuasa ditahan SPRM

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang Penolong Pegawai sebuah jabatan kerajaan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya bagi melantik syarikat milik saudaranya dalam perkhidmatan pembekalan makanan bagi program di jabatannya.

Suspek lelaki berumur dalam lingkungan lewat 40an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah Cawangan Kota Kinabalu kira-kira pukul 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek yang bertugas sebagai Penolong Pegawai di sebuah jabatan di Sabah itu telah menyalahgunakan kedudukannya dengan melantik syarikat milik saudaranya dalam perkhidmatan pembekalan makanan bagi program di jabatannya sekitar Mac hingga Oktober 2019 melibatkan nilai hampir RM43,000.00.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular