HomeSukanSUKMA XX : Sabah rampas semula emas sepak takraw beregu wanita

SUKMA XX : Sabah rampas semula emas sepak takraw beregu wanita

Read Time:1 Minute, 18 Second

PUTRAJAYA: Sabah merampas pingat emas acara sepak takraw beregu wanita Sukan Malaysia (SUKMA) dari Sarawak dengan menewaskan musuh tradisinya itu secara ‘straight set’ pada perlawanan akhir di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di sini hari ini.

Gandingan Nazira Hani Iskandar @ Jali dan Siti Hadinavilla Jumidil menang 21-12, 21-13 untuk menebus kekecewaan hanya menang pingat perak pada SUKMA 2018 di Perak.

Gandingan Nazira dan Siti Hadinavilla serta Nadillatul Rosmahani, sebagai pemain simpanan diberi kepercayaan menghadapi musuh tradisi itu dan mereka jelas mendominasi dari awal hingga tamat permainan.

Andi (dua dari kanan) dan William (kiri) sedang menyaksikan perlawanan akhir sepaktakraw beregu wanita di Dewan Seri Sarjana, UNITEN di sini hari ini. Sabah menang pingat emas acara itu

“Selepas hanya menang pingat perak pada 2018, kami bertekad untuk bangkit dengan memburu emas tahun ini di mana kebetulan pada final kami bertemu dengan juara bertahan, Sarawak.

“Gandingan kami mantap, kami sentiasa berkomunikasi sepanjang permainan dan ini sangat membantu..kerja keras kami latihan persiapan menghadai sukan ini berbaloi. Kami sangat gembira dapat merampas pingat emas dari Sarawak,” kata Nazira ketika ditemui selepas perlawanan.

Sambil itu, jurulatih Daut Amba berkata, kemenangan beregu wanita itu menyemarakkan lagi semangat mereka untuk sekurang-kurangnya mengekalkan pencapaian tiga pingat emas pada SUKMA 2018.

Beregu sepaktakraw wanita Sabah bersama Andi (tiga dari kanan, William (kiri) dan Timbalan Pengarah MSN Sabah, Valerie Wong.

“Kami akan cuba yang terbaik dalam acara seterusnya,” katanya.

Kejayaan beregu Sabah itu turut disaksikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryadi Bandy dan Timbalan Setiausaha Tetap 1, KBS Sabah, William Ahlan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya