HomeIsu tempatanEnam nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

Enam nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

Read Time:1 Minute, 4 Second

KUDAT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan enam nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara yang disyaki cuba melakukan aktiviti perikanan di kedudukan 101 Batu Nautika Barat Laut Simpang Mengayau, Kudat, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bot nelayan terbabit dikesan lebih kurang jam 2.27 petang kelmarin oleh KM IKHLAS semasa membuat rutin rondaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat enam orang kru termasuk tekong lingkungan umur antara 23 hingga 53 tahun berada di dalam vesel berkenaan dan kesemua individu terbabit tidak mempunyai pengenalan diri.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat alat menangkap ikan jenis rawai di dalam bot berkenaan dan disyaki cuba melakukan aktiviti menangkap ikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maurice berkata, bot berserta kru seterusnya ditahan dan diiring ke Jeti Awam Kudat untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1963 kerana tiada pengenalan diri semasa diperiksa dan Akta Perikanan 1985/63, Seksyen 15 (1) (a), menangkap ikan di Perairan Perikanan Malaysia, Seksyen 16 (3), tidak memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia apabila memasuki Perairan Perikanan Malaysia.

“Sebarang maklumat kehadiran bot nelayan asing boleh terus disalurkan melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya