HomeUtamaHajiji hadiri Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Indonesia

Hajiji hadiri Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Indonesia

Read Time:26 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri sambutan Resepsi Hari Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Republik Indonesia di sini, malam tadi.

Turut berangkat Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Majlis turut dihadiri isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag dan Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu, Rafail Walangitan.

Tetamu disajikan dengan makanan tradisi Indonesia antaranya bakso, soto dan nasi tumpeng serta tarian tradisi sebelum acara minuman ucap selamat dimulakan oleh Tun Juhar diikuti oleh Rafail.

RELATED ARTICLES
Utama

Demonstrasi tindakan tidak matang, guna saluran betul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular