HomeSukanSUKMA XX : Vireen tebus kekecewaan, rangkul emas kedua buat skuad Muaythai...

SUKMA XX : Vireen tebus kekecewaan, rangkul emas kedua buat skuad Muaythai Sabah

Read Time:2 Minute, 6 Second

KUALA LUMPUR: Vireen Teo menebus kekecewaan kalah di peringkat akhir empat tahun lalu dengan merangkul emas Muaythai kategori 45-48kg wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di South City Plaza, Seri Kembangan di sini hari ini.

Atlet berusia 22 tahun itu mendominasi dengan memenangi ketiga-tiga pusingan 10-9, 10-9, 10-9 ke atas Nur Aleesya Mohd Alawi dari Wilayah Persekutuan pada perlawanan akhir.

“Ia bukan semudah seperti yang dilihat. Saya yakin tetapi bukan terlalu yakin, saya tidak pernah memandang rendah lawan, tidak kiralah siapa mereka.

Vireen (biru) mengasak Nur Aleesya Mohd Alawi dari Wilayah Persekutuan pada perlawanan akhir Muaythai 45-48kg wanita. Vireen menang pertarungan itu.

“Paling penting adalah saya memberikan yang terbaik di gelanggang,” kata Vireen ketika ditemui selepas perlawanan.

Katanya, kemenangan itu seterusnya menebus kekecewaan kalah di peringkat akhir SUKMA 2018 di Perak.

“Saya bertekad untuk merangkul emas dan sebab itu saya cuba memberi yang terbaik setiap kali memasuki gelanggang pertarungan, saya sangat gembira akhirnya menang emas dan kebetulan ini adalah SUKMA terakhir saya,” kata Vireen.

Pertandingan itu mendapat sambutan hangat penonton termasuk ibubapa Vireen yang menjadikan kemenangannya itu lebih istimewa.

Pingat emas Vireen itu juga bonus buat kontinjen Sabah kerana skuad Muaythai hanya disasarkan satu emas yang telahpun mereka capai kelmarin menerusi gandingan Myra Amira Roslan dan Yan Jia Chi dalam acara Waikru/Mai Muaythai – Seni Duo yang dipertandingkan buat kali pertama di SUKMA.

Dua lagi peserta  Sabah bertarung di peringkat akhir hari ini iaitu Shah Aryan Shahzam dalam kategori 48-51kg dan Kenny Jaffli (67-71kg) lelaki tetapi kedua-duanya tewas untuk hanya berpuas hati dengan pingat perak.

Shah Aryan (merah) bertarung dengan Wassof Rumijam dari Wilayah Persekutuan pada final Muaythai 48-51kg lelaki. Shah Aryan tewas pertarungan itu.

Skuad muaythai Sabah juga menang pingat perak menerusi gandingan  Darris Muzzamiel Mahadi/Thien Zhi Cheng (Waikru/Mai Muaythai – Seni Duo lelaki) dan Eva Anastasia Warren (45-48kg wanita) serta dua gangsa dari Riedzwan Norsyahmie Daud (57-69kg lelaki) dan Nur Insyirah Mandol (42-45kg wanita).

Keseluruhannya skuad Muaythai Sabah menang dua pingat emas, tiga perak dan dua gangsa. Pertandingan sukan Muaythai selesai hari ini.

Dalam pada itu, pasukan petanque Sabah 1 yang dianggotai dianggotai Azleysyam Azini, Muhd Syukri dan Khairul Daniel berjaya merangkul pingat emas pertama sukan petanque dengan kemenangan 13-5 ke atas Johor 1 dalam acara triples di Arena Petanque, Pudu Ulu Kuala Lumpur petang tadi

Pasukan petanque Sabah 1 yang dianggotai dianggotai (dari kiri digambar) Azleysyam Azini, Muhd Syukri dan Khairul Daniel merangkul pingat emas pertama sukan petanque
RELATED ARTICLES
Sukan

Walter, Daved berjaya ‘takluk’ Gunung Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular