HomePolitikTambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu ditunaikan seperti dijanjikan

Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu ditunaikan seperti dijanjikan

Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN : Tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen di Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak merupakan satu perkara yang perlu ditunaikan seperti yang dijanjikan dan termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia bukanlah dilihat sebagai bersikap ‘demand’ namun perkara itu harus difahami dan tidak harus disalah ertikan.

“Sebenarnya perkara ini bukan kita minta, tetapi ini yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak. Kita juga bukannya ‘demand’, kita cuba meminta apa yang termaktub dalam perjanjian yang pada waktu itu Tanah Melayu persetujui.

“Jadi jangan salah faham, ini bukan soal minta, kami cuma mahu kawan sebelah menunaikan apa yang mereka sendiri setuju dari awal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan kerja ke daerah ini di sini hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kewangan II berkata, tambahan kerusi itu dilihat penting berikutan kedua-dua negeri itu berhak menyertai dalam membuat keputusan penting di Dewan Rakyat.

“Isunya lebih kepada memastikan Sabah dan Sarawak berada dalam kedudukan yang mana kedua-dua negeri ini boleh menjadi penentu bersama kepada keputusan penting.

“Justeru, saya berharap tambahan kerusi Parlimen ini akan dapat dilaksanakan segera,” katanya.

Terdahulu, Sabah kini memiliki 25 kerusi Parlimen manakala Sarawak pula memiliki 31 kerusi Parlimen.

Secara keseluruhan terdapat 222 kerusi Parlimen di seluruh negara dan sebanyak 166 kerusi atau 75 peratus di Semenanjung.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya