SMK Sanzac sahut saranan penanaman 1.3 juta pokok menjelang 2023

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac di sini menyahut aspirasi menerusi penanaman sebanyak 1.33 juta pokok menjelang 2023.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, projek Lestari Hijau SMK Sanzac merupakan inisiatif sekolah dengan kerjasama DBKK, GreenKK dan Kelab Rotari Kota Kinabalu.

“Pada hari ini (kelmarin) sebanyak 15 pokok teduhan jenis Buccida dan pokok Tabebuaia Rosea ditanam di sekitar sekolah sebagai projek pemula.

“Program bakal diteruskan dengan penanaman 3,000 bibit pokok bakau yang akan disumbangkan oleh Kelab Rotari Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Projek Lestari Hijau SMK Sanzac di sini, kelmarin.

Noorliza berkata, bibit kemudiannya akan ditempatkan di kawasan sungai Inanam, Darau, Likas dan Sembulan sebagai usaha mengekalkan ekosistem selain menangani isu pencemaran sungai.

Katanya, pihaknya amat menyokong pelaksanaan program penanaman pokok yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak sebagai usaha menangani isu perubahan iklim dunia.

Hadir sama, Pengetua SMK Sanzac, Ajmal Jumah, Pengerusi Institut Landskap Arkitek Malaysia Negeri Sabah, Eric Ye Lee Sen, Pengarah Jabatan Landskap DBKK, Rozie Khan Halik Penasihat Kelab Interact (Kelab Rotari) SMK Sanzac, Iskandar Ahmad; Yang Dipertua PIBG SMK Sanzac , Janis Abdullah dan Timbalan Presiden Alumni SMK Sanzac, Md. Yussof Mataim.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *