HomeSukanSabah juara keseluruhan MSSM ke-62

Sabah juara keseluruhan MSSM ke-62

Read Time:1 Minute, 37 Second

KUALA LUMPUR : Kontinjen Sabah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Olahraga  Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)  kali ke-62 yang melabuhkan  tirai di Stadium Nasional Bukit Jalili di sini semalam.

Sabah meraih 15 pingat emas; 16 perak; dan 10 gangsa, diikuti Johor yang menduduki tempat kedua dengan 15 pingat emas; sembilan perak dan 10 gangsa.

Tempat ketiga Selangor dengan 11 pingat emas; lapan perak dan lapan gangsa sementara tuan rumah Kuala Lumpur menduduki tangga keenam dengan pungutan pingat empat pingat emas; dua perak dan dua gangsa.

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari berakhir semalam itu dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dr. Norisah Suhaili.

Kejohanan ini telah melabuhkan tirainya pada hari ini setelah berkampung di Stadium Nasional, KL Sports City selama 5 hari bermula pada 20 sehingga 24 September 2022.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kontinjen Sabah yang berjaya mengungguli kejuaraan di Kejohanan Olahraga MSSM kali ke-62 tahun ini.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian anda semua dan kemenangan ini cukup bermakna buat kami di Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah Tah Nia Jeman berkata, usaha gigih serta persiapan yang lancer sebelum menyertai kejohanan merupakan faktor yang penting.   

Katanya, kejayaan Sabah itu juga merupakan kerjasama semua pihak yang telah memberikan sokongan padu kepada kontinjen MSSM Sabah dan ianya juga bersesuaian dengan slogan Sepakat Sabah Hebat.

“Alhamdulillah Sabah berjaya menjadi juara Kejohanan Olahraga MSSM kali ke-62 tahun ini yang  berlangsung bermula 19 September lalu dan membawa pulang 15 emas,  16 perak dan  10 gangsa.

“Berbekalkan semangat yang tinggi, jati diri, daya juang dan semangat kesukanan serta cintakan negeri Sabah, ianya menjadi bekalan yang sangat ampuh.

“JPN Sabah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu pasukan Olahraga MSSM Sabah khusus kepada atlet, anda yang terbaik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya