HomeSukanSUKMA XX : Pencapaian Sabah perlu dilihat dari sudut positif - Mansur

SUKMA XX : Pencapaian Sabah perlu dilihat dari sudut positif – Mansur

Read Time:2 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR: Pencapaian kontinjen Sabah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 tahun ini yang tidak berjaya merealisasikan sasaran perlu dilihat dari sudut yang positif.

Chef de Mission kontinjen Sabah Mansur Asun berkata, pihaknya mengakui kecewa dengan pencapaian berkenaan namun beliau lebih suka melihat ia dari sudut yang positif.

“Banyak perkara yang telah kita belajar dari sini, inilah yang lebih penting untuk dilihat dan boleh dijadikan aset bagi menghadapi SUKMA akan datang.  Letak sasaran bukan bermakna kita pasti dapat mengotakannya.

“Ia lebih kepada sebagai motivasi untuk kita cuba mencatat pencapaian terbaik. Saya fikir, semua anggota kontinjen sudah cuba memberikan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, Sabah  telah membuat persiapan terbaik yang termampu tetapi pasukan lain juga tentunya melakukan perkara yang sama.

“Kita tidak mencapai sasaran dalam beberapa sukan tetapi pada masa beberapa sukan lain menyerlah di mana mereka bukan sahaja menunjukkan peningkatan tetapi berjaya melepasi sasaran seperti sukan renang dan terjun, wushu, tenpin boling, karate, petanque dan muaythai.

“Kita juga ada ramai atlet muda berpotensi termasuk telah menyumbangkan pingat seperti atlet renang Loo Yie Bing yang telah merangkul empat pingat emas dalam acara renang,” katanya.

Sabah menghantar kontinjen dengan kekuatan 466 atlet dan mengambil bahagian dalam 293 daripada 426 acara yang dipertandingkan.

Sabah bertanding dalam sukan akuatik (renang dan terjun), badminton, berbasikal, bola sepak, boling padang, gimnastik (artistik dan gimrama), hoki, karate, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, pencak silat, skuasy, tenpin boling, wushu, angkat berat, bola jaring, bola tampar (dewan dan pantai), bola keranjang, golf, judo, kanu, kriket, muaythai, petanque, ragbi sepaktakraw, tenis dan tinju.

Penyumbang terbanyak pingat emas ialah skuad olahraga dengan tujuh emas disamping lapan perak dan tiga gangsa diikuti akuatik (renang: 4e, 2p, 3g; terjun: 2e, 2g), karate (3e, 2p, 7g), pelayaran (2e, 5p, 1g), muaythai (2e, 3p, 3g), wushu (2e, 2p, 1g), sepaktakraw wanita (2e), tenpin boling (2e), angkat berat (1e, 1p, 2g), tinju (1e, 1p, 2g), memanah (1e, 1g), dan petanque (1e).

Penyumbang pingat lain ialah berbasikal (1p, 1g), gimnastik (1p), judo (1p, 2g), boling padang 1p, 1g), pencak silat (5g), skuasy (1p, 1g), ragbi (1g), bola tampar dewan (1g), bola tampar pantai (1g).

Mansur berkata, walaupun tidak berjaya merealisasikan sasaran 40 pingat emas apabila hanya meraih 30 pingat emas disamping 29 perak dan 39 gangsa, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan semangat juang dan disiplin atlet dan pegawai.

Pencapaian itu meletakkan Sabah di kedudukan keenam di kalangan 15 pasukan iaitu menyamai kedudukan pada SUKMA 2018 Perak walaupun ketika itu Sabah merangkul 33 pingat emas, 27 perak da 46 gangsa.

Lima pasukan di atas Sabah didahului Johor selaku juara keseluruhan dengan 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa diikuti Terengganu (64e, 52p, 43g), Wilayah Persekutuan (55e, 68p, 64g), Sarawak (32e, 42p, 53g) dan Selangor (31e, 55p, 44g).

“Saya percaya kita akan kembali dengan lebih kuat pada SUKMA akan datang,” kata Mansur yang juga Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Mansur berterima kasih semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan terutamanya, urusetia SUKMA Sabah, doktor perubatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Pendidikan dan anggota keluarga atlet.

RELATED ARTICLES
Sukan

SABANA ajak wanita eratkan hubungan melalui sukan Bola Jaring

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular